Friday, July 30, 2010

aku hanya penyampai..

Aku hanya penyampai...bukan pengubah...sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan aku tidak berkuasa untuk memberi hidayah...Maha Suci Allah yang memberi hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya...

terkadang sulit...kerana kita sentiasa menginginkan hasil dalam setiap usaha kita..
kerana rasa itulah...kita sering mengharapkan satu perubahan berlaku...walau sebenarnya kita tahu..bahwa hidayah itu hanya milik Allah Ta'ala...
Memahami hakikat da'wah...bahawa tugas kita hanya menyampai...dan hidayah itu biarlah Allah yang menguruskannya...
Apa yang ingin dilihat oleh Allah buknalah hasil kita..tetapi usaha kita...sejauh mana...setinggi mana...

oleh itu..jangan pernah rasa putus asa dalam menyampaikan...kerana kita dalah penyampai...

walau jalan ini jalan panjang dan penuh rintangan...tapi seorang Muslim itu harus melihat jauh kehadapan..jauh sejauh-jauhnya..
bahwa di akhir jalan ini...ada syurga menanti...ada bidadari menunggu...

*Orang biasa..
  Dia ingin ke syurga..

orang luar biasa..
syurga menjemputnya..

orang biasa..
mengimpikan bidadari syurga..

orang luar biasa..
bidadari menantikannya...
*




Bulan itu..









Bulan itu..
bulan keampunan..
bulan rahmat..
bulan kasih..
bulan cinta...

bulan itu..
bulan Ramadhan..
bulan madrasah jiwa..
bulan mencapai syurga..
bulan mencapai redhoNya..

bulan itu..
hampir tiba..
hanya beberapa hitungan masa..
Ramadhan kan tiba..

Ramadhan..
semoga kita bersua...
bersama...
bercerita tentang kisah cinta kita...


Sunday, July 18, 2010

akhi sayang...

akhi sayang...
masih ku ingat..
saat kita mula-mula bersua..
salam yang kau beri..
tangan yang kau hulur..
senyum yang kau ukir..

akhi sayang..
sejak perkenalan itu kita semakin rapat..
semakin mengenali..
semakin berkasih sayang...

daripada sayang itu..
tanpa kau sedar mungkin..
kau telah meniupkan ruh-ruh cinta dalam hatiku..
aku mula merasa cinta padamu..
cinta kerana Allah..
hanya kerana Allah..

akhi sayang..
masihkah kau ingat..
saat aku ungkapkan cintaku itu..
saat kulafazkan cinta itu..
walau hanya sebuah sms..
masihkah kau ingat?
ku harap kau sentiasa mengingatinya..
dan aku akan sentiasa mengingatinya..
kerana hari itu hari aku melafazkan cinta..
aku tidak mengharapkan apa-apa dari cintaku ini..
melainkan janji Nabi..
"dua orang pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah"

akhi sayang..
tetapi mengapa sekarang ini..
ukhuwwah kita sudah tidak seperti dahulu...
mengapa ruh-ruh cinta itu semakin pudar..
mengapa cinta itu sudah tidak lagi mekar..
mengapa kau menjauh dariku akhi..
mengapa akhi...

akhi sayang..
aku menginginkan jawapan akhi sayang..
adakan kerana kau sudah berubah...
atau kau sudah muak bersama denganku..
atau mungkin..
aku yang telah berubah..

akhi sayang..
walau apa yang kau lakukan..
walau kau sudah tidak merasakan lagi cinta antara kita..
walau aku ini hanya insan biasa pada pandanganmu..
ketahuilah akhi..
aku kan tetap mencintaimu..