Saturday, August 14, 2010

"Tidak boleh tidak,kita mestilah mulakan dari bawah"

Erdogan,si pemimpin Turki itu,begitu lantang menyatakan pendirian beliau di peringtak antarabangsa dalam mempertahankan Islam.Tidak perlu diperklenalkan lagi...Bahkan ramai yang menganggap beliau adalah pemimpin Islam yang sebenar pada zaman ini,dan kita semua menjadi saksinya apabila Turki yang mula-mula menggerakkan dan menaikkan kembali semangat dunia dalam isu Palestin.

Sebuah kepimpinan yang terpuji.Tegas!

Tapi begitulah yang akan terjadi,apabila pemimpin adalah pemimpin yang beriman,tetapi tidak bawahan.Turki masih seperti dahulu,seperti yang kita kenal.Kebebbasannay dan sebagainya.Tidak berubah.

Maka amat tepat sekalilah kata-kata Shakib Arsalan ketika mana ditanya oleh para wartawan setelah runtuhnya khilafah Islamiyyah pada tahun 1924,mengapa tidak disatukan seluruh negara 2 Islam dan kembali mencipta khilafah Islamiyyah?

Jawab beliau:
"Tidak boleh tidak,kita mestilah mulakan dari bawah"
Ya,membina dari bawah.Menyediakan pemuda-pemuda yang kuat aqidahnya.Kita ingin melahirkan warganegara yang kuat berpegang kepada ajaran Islam.Kita ingin melahirkan generasi yang akan kembali menyambung perjuangan para Nabi.

Untuk merialisasikan impian ini,mendapat balik Khilafah Islamiyyah,tidak dapat tidak,kita harus membina dari bawah.Tamankan dalam jiwa para pemuda 10 muasofat ini.

Sesudah lengkapnya peribadi seorang pemuda itu dengan ciri-ciri ini,barulah kemudian kita melangkah ke peringkat yang seterusnya iaitu membina sebah keluarga Muslim dan seterusnya sehinggalah mencapai satu maltlamat,Khilafah islamiyyah atau ustaziyatul 'alam..

Sunday, August 8, 2010

"Aku yang menurut perintah"


Ketaatan.Itulah kunci utama kejayaan mana-mana jemaah sekalipun.Ketaatan kepada ketua atau Qiyadah.Tanpa ketaatan yang padu daripada yang diperintah,Jemaah tidaka akan dapat mencapai objektifnya kerana tiadanya ketaatan.

Namun harus diingat,dalam mentaati,harus ada batasnya.
"Tidak ada ketaatan kepada makhluq dalam maksiat kepada Allah"

Sikap 'aku yang menurut perintah seharusnya ada dalam siri setiap kita kerana 
tanpa kita sedar mungkin,kita semua pemimpin dan kita semua dipimpin.Seporang pemimpin bertanggungjawab terhapad pimpinannya dan yang dipimpin bertanggungjawab untuk mentaati kepimpinannya.

Sikap 'Aku yang menurut perintah' tidak akan dapat kita rasakan sehinggalah kita benar-benar ikhlas untuk berjuang.Kerana setelah ikhlas,yang ternampak didepan mata kita hanya ganjaran dari Allah sahaja.Tiada yang lain.

Dari sifat itu,kita akan berusaha sekuat mungkin untuk memberi sumbangan kepada jemaah walaupun peranan yang kita mainkan hanya sedikit sahaja.
Terkadang kita akan merasa seperti dihina apabila kita hanya diberikan tugasan yang remeh setiap kali program diadakan.Mungkin hanya menjadi AJK kebersihan atau AJK pemantauan yang mana tugasannya sangat kecil dan terkadang tidak kelihatan pun.

Tapi ikhwah filLah,dengan sikap 'aku yang menurut perintah',kita akan cuba untuk tetap ikhlas melakukan sesuatu hanya kerana Allah.
Walau terkadang kehadiran kita dalam jemaah tidak dipandang,tapi kita yakin,dengan sikap 'aku yang menurut perintah',insyaAllah...didepan kita ada ganjaran dari Allah..