Thursday, March 3, 2011

Aku Rindu Kau yang Dahulu...

Dulu..
Kau pegang tanganku..
erat-erat..
sehingga tiada angin yang bisa tembus..
memisahkan kita..

Dulu...
tanpa segan silu kau kata padaku...
"Friend forever"
sampai aku pula yang malu saat itu..
dek kata-katamu...

Tapi dari saat itu..
aku mula memandangmu dengan pandangan yang baru...
aku mula memandangmu dengan pandangan seorang sahabat..
selamanya...

Dari saat itu..
aku katakan pada diriku...
kau sahabatku selamanya..
Aku tidak akan meniggalkanmu..
selamanya..
susah senang bersama...
suka duka...
riang ceria...
bersama... 

Sejak hari itu...
kita lalui saat-saat manis bersama...
kemana sahaja berdua..
bersama..
tanda ada cinta antara kita...

tapi kini...
mengapa kau tidak seperti dahulu?
mengapa tiada lagi suka antara kita?
mengapa tiada lagi kasih antara kita?
mengapa tiada lagi cinta antara kita?

Kini kau semakin jauh dariku...
kau memilih jalanmu...
dan aku memilih jalanku...

Kita sudah lagi tidak jalan berdua...
Kita sudah lagi tidak bersama...

Aku telah memilih jalanku..
dan kau telah memilih jalan kau..
jalan yang kau katakan 'moden' itu..
jalan yang menghalalkan apa yang kau fahami haram sebelum ini..
sementara aku kau anggap kolot dan ketinggalan zaman..
kerana tidak melalui jalan yang kau lalui itu...

Aku terima semua kata-kata mu...
walau pahit..
kerana aku yakin...
dengan peganganku..
dan aku akan tetap berpegang dengan peganganku...
kerana begitulah harusnya seorang lelaki..
teguh diatas prinsip yang difahami dan diyakini..
bukan terikut dengan arus yang dikatakan kemodenan itu...

satu yang harus kau ingat...
sejauh mana pun kau dariku saat ini...
aku akan tetap disisimu..
sentiasa ada di belakangmu..
walau kadang kelibatku tak kau lihat...
aku tetap akan ada disisimu...

kerana aku rindu kau yang dahulu...