Sunday, October 30, 2011

Mahasiswa tak matang

Mahasiswa tak matang. yes,itu tajuk aku dalam post kali ini.

Mahasiswa,bukan satu kalimat biasa.Mahasiswa adalah kalimat yang agung.Besar maknanya. Sebab itu diletakkan perkataan Maha.

Maka dengan itu setiap Mahasiswa membawa tanggungjawab yang besar. Tanguungjawab yang bukan biasa2, tapi luar biasa. Tanggungjwab yang tak semua orang mampu bawak,hanya Mahasiswa.

Berapa ramai diluar sana orang yang bercita-cita nak menjadi Mahasiswa,tapi tak dapat. Tap kadang mereka yang sudah mendapat title Mahasiswa tidak menggunakan peluang yang ada dengan baik.

Mahasiswa ini aku gelarkan sebagai Mahasiswa tak matang. Yes,tak matang.

First of all, setiap Mahasiswa perlu tahu yang bila mana kita sudah menjadi Mahasiswa, keadaannya berbeza dengan zaman sekolah. tak sama. Totally different.

Zaman sekolah kita tak perlu buat apa,tapi bila dah Mahasiswa, semuanya sendiri. Belajar, masak, kekemasan, etc etc.

Bila dah masuk alam Mahasiswa, kau kena hidup sendiri. Mandiri. Berdiri atas kaki sendiri.Teguh. Tak gentar. Tambah lagi kalau kau lelaki. jangan jadi lelaki yang bersikap seperti wanita.

Oleh kerana itu, Mahasiswa harus matang. Matng dalm segalanya. Matang dalam membuat keputusan.matang dalam berfikir, matang dalam mengurus hidup, matang dalam mengurus kewangan dan sebagainya.

Tambah lagi bila kau jadi Mahasiswa luar negara. Sini kau tak ada mak bapak, kau tak ada saudara, yang kau ada hanya diri kau, so please, be matured.

Duduk belajar luar negara tak sama macam belajar dalam negara, kau kena paham perkara tu. Tak sama. Tambah lagi bila di Jordan yang memang nilai duitnya tinggi. Kita sendiri yang kena pandai manage diri kita.

Bercakap soal Mahasiswa tak matang, aku kadang menyirap(baca: menyampah) dengan sebahagian Mahasiswa yang masih berpewatakan seperti budak sekolah. tak matang.

bukanlah aku nak cakap aku cukup matang, tapi pleaselah jangan buat benda2 bodoh yang boleh kasi malu diri sendiri.

Cakap soal gigi aku lagi putih dari kau, jerawat kau lagi besar, rambut kau tak 'macho', skype-ing cakap benda2 tak perlu. Bro,atas bahu kita banyak benda kita nak kena selesaikan.

Kita banyak tanggungjawab, kita banyak kewajipan. Kita banyak urusan, tapi still ada sebahagian yang boleh bincang soal2 kecik yang langsung tak bagi faedah.

Mahasiswa  perlu melihat jauh kedepan, sangat jauh. Lebih jauh dari orang biasa2. orang yang bergelar Mahasiswa.

Kalau kau tak nak pikir untuk negara pun, pikirlah untuk diri sendiri, dimana kau lima tahun akan datang? sepuluh tahun akan datang?

Kita perlu jelas tentang semua ini. Sebab kita Mahasiswa. Mahasiswa Malaysia. Harapan negara.

sekian.

Mari sama2 kita kembalikan zaman kegemilangan Mahasiswa.