Thursday, December 22, 2011

Bukan Salah Dia

Ada sebuah kisah, kisah tentang harimau. Kisah ini bukan bercakap soal harimau sahaja, tapi juga bercakap soal keluarga harimau.

Harimau dan keluarganya.

Bertahun dulu, didalam hutan, harimau dan keluarganya hidup dengan aman sentosa. Tiada gangguan, keluarga harimau menghadapi kehidupan seperti keluarga harimau yang lain. Didalam keluarga harimau, harimaulah yang paling sulong daripada harimau2 yang lain. Oleh sebab itu, harimau selalu keluar dan mencari kehidupan untuk keluarganya.

Tapi tak lama selepas itu, beberapa tahun kemudian, keluarga harimau dilanda bala. Bala besar yang meruntuhkan segalanya, bala besar yang menjatuhkan keluarga harimau.

Sedang keluarga harimau hidup dengan aman dan tenang, datang Sang kancil bertubuh kecil mengganggu. Sang kancil kecil, comel, manja dan mengiurkan.Harimau bingung kenapa sang kancil ini mahu mengganggu keluarganya bukan keluarga harimau yang lain. Harimau bingung. Harimau cuba berbuat sesuatu sedayanya agar sang kancil tidak mengganggu keluarga harimau, tapi harimau kalah, ada harimau yang termakan pujuk rayu sang kancil.

Lalu harimau itu pun mengikuti sang kancil, jauh. Pergi bersama sang kancil, meninggalkan keluarga di belakang. Harimau rasa bersalah. Harimau cuba sedaya upaya untuk menarik kembali harimau itu dari termakan pujuk rayu sang kancil, harimau gagal lagi. Harimau itu tetap mengikuti sang kancil kemana-mana, siang harimau bersama kancil, malam harimau pulang ke rumah.

Harimau bingung. Dia cuba mencari solusi, tapi tak jumpa. Harimau sedih. Keluarga yang dulunya harmoni dan aman, kita semuanya kucar kacir hanya kerana sang kancil. Harimau itu yang dulunya ganas, sentiasa ditakuti lawan, akhirnya tumpas pada sang kancil, sedang sang harimau bersedih dengan keadaan itu.

Hrimau itu masih tidak sedar2 lagi, sudah beberapa kali sang kancil memperdayakannya, tapi harimau itu selalu kalah. Setiap kali ditipu, setiap kali itu juga harimau kembali padanya. Harimau sangat lemah dengan sang kancil.

Masa berlalu, harimau masih lagi mencari solusi, apakah masih ada sinar untuk hari besok? apakah keluarga harimau akan kembali seperti biasa? harimau bingung memikirkan jawapan yang tak kunjung tiba. Harimau pasrah tapi tetap berusaha. Sedang harimau itu masih seronok bersama sang kancil. Harimau2 yang lain melihat dan mengandai.

Pernah beberapa kali, harimau putus asa, harimau buntu. Harimau masih banyak perkara yang perlu dilakukan, tapi banyak pula rintangan .

Satu hari, harimau berfikir, salah siapakah semua ini berlaku? harimau duduk termenung, diam. Berfikir.

Dalam fikirnya, Harimau cuba mencari dimana silapnya, diamna cacat celanya, mengapa semua ini terjadi. Harimau tunduk, hilang belang hilang garang.

Baru harimau sedar, baru harimau tau mana salah dan cacat celanya, baru harimau terbuka mata, baru harimau tahu.

harimau baru tahu, semua ini berkalu bukan salah harimau itu, tapi salah harimau. salah harimau.

Dulu harimau juga seperti harimau itu, dulu harimau juga pernah begitu.

Harimau mula mendapat solusi, semua ini bukan salah harimau, tapi salah Harimau.

Harimau mula sedar. Tunduk. Diam.

Maafkan harimau, semua berlaku bukan salah harimau itu.

Maafkan harimau, kerana tak menjadi harimau yang baik.