AlhamduliLlah, pagi tadi aku dapat bbm dari abah dan umi kata mereka dah smapai di Medina dan insyaAllah akan ke Mekkah Isnin ini kalau tak ada rintangan.
Aku plan bulan 6 ni kalau ada rezeki aku nak pargi ke Mekkah insyaAllah. Tapi bukan cerita ni yang aku nak crita sekarang.
aku nak cerita pasal adik bongsu aku.
Tholhah, comel dan aktif bersukan. Bola dan Machester United adalah kegeraman adik bongsu aku yang sorang ni.
Baru tadi Ayyid(adik kedua bongsu) chat dengan aku dekat fb, kata Ayyid Thol tak nak pergi sekolah.
Thol nak Ayyid atau atok duduk rumah temankan dia.
Umi dan abah pergi ke Mekkah, Abbas ikut umi abah, Ayyid besok nak balik asrama dah, Thol kena duduk rumah Ustazah Shikin yang mana Ustazah Shikin ini adalah guru besar sekolah Tholhah.
Ayyid msej kata Thol nangis2 tak nak balik rumah ustazah. Thol sejak dulu lagi ada masalah untuk ke sekolah. Mungkin Thol fobia atau apa, aku pun tak tahu.
Umi ada cakap, waktu aku sebaya Thol aku dah pergi kemana-mana dah, tapi Thol masih macam budak kecik. Aku tak rasa ini hanya menimpa pada Thol, tapi aku rasa benda ni kena pada semua budak2 sekarang disebabkan kemodenan yang berlaku, dan kes Thol adalah special case.
Aku nak menangis baca apa yang Ayyid tulis. Walaupun aku takde dekat dengan mereka, tapi aku dapat rasa.
Ayyid mintak tolong bagitahu abah yang Thol tak nak pergo sekolah. Berat hati aku nak cakap pada umi dan abah. Umi dan abah dah terlalu banyak susah sebab kami.
Aku rasa tak sampai hati nak cakap pada umi danabah, aku tau mereka risau.
Sebagai anak sulong, aku cuba handle keadaan, cuba meletakkan tanggungjawab atas bahu aku, tapi berat. susah/
Baru aku rasa apa yang umi dengan abah rasa setiap kali Thol mengamuk tak nak pergi sekolah.
Sampai sekarang ni, aku masih rasa bertanggungjwab atas apa yang berlaku dan aku sangat sedih.
Aku cuba bayangkan, kalau suatu hari nanti, aku yang terpaksa mengambil alih menjadi ketua keluarga ini. Tak dapat aku bayangkan, pengorbanan seorang ayah dan ibu.
Kalau Thol baca ni, along nak Thol tahu yang kami semua sayangkan Thol, kami semua nak yang terbaik untuk Thol, terutama umi dengan abah. Thol cuba bahagiakan umi dan abah ok, sebab Thol kan anak yang solah. Jangan susahkan umi lagi ok, maafkan along sebab along tak jadi abang yang baik untuk Thol.
Along harap Thol buat apa yang Thol minat, dan along harap Thol akan berjaya dunia akhirat.
buat apa yang Thol minat, dan berjaya dalam apa bidang yang Thol pilih ok, :')