Friday, July 30, 2010

aku hanya penyampai..

Aku hanya penyampai...bukan pengubah...sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan aku tidak berkuasa untuk memberi hidayah...Maha Suci Allah yang memberi hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya...

terkadang sulit...kerana kita sentiasa menginginkan hasil dalam setiap usaha kita..
kerana rasa itulah...kita sering mengharapkan satu perubahan berlaku...walau sebenarnya kita tahu..bahwa hidayah itu hanya milik Allah Ta'ala...
Memahami hakikat da'wah...bahawa tugas kita hanya menyampai...dan hidayah itu biarlah Allah yang menguruskannya...
Apa yang ingin dilihat oleh Allah buknalah hasil kita..tetapi usaha kita...sejauh mana...setinggi mana...

oleh itu..jangan pernah rasa putus asa dalam menyampaikan...kerana kita dalah penyampai...

walau jalan ini jalan panjang dan penuh rintangan...tapi seorang Muslim itu harus melihat jauh kehadapan..jauh sejauh-jauhnya..
bahwa di akhir jalan ini...ada syurga menanti...ada bidadari menunggu...

*Orang biasa..
  Dia ingin ke syurga..

orang luar biasa..
syurga menjemputnya..

orang biasa..
mengimpikan bidadari syurga..

orang luar biasa..
bidadari menantikannya...
*

Bulan itu..

Bulan itu..
bulan keampunan..
bulan rahmat..
bulan kasih..
bulan cinta...

bulan itu..
bulan Ramadhan..
bulan madrasah jiwa..
bulan mencapai syurga..
bulan mencapai redhoNya..

bulan itu..
hampir tiba..
hanya beberapa hitungan masa..
Ramadhan kan tiba..

Ramadhan..
semoga kita bersua...
bersama...
bercerita tentang kisah cinta kita...

Sunday, July 18, 2010

akhi sayang...

akhi sayang...
masih ku ingat..
saat kita mula-mula bersua..
salam yang kau beri..
tangan yang kau hulur..
senyum yang kau ukir..

akhi sayang..
sejak perkenalan itu kita semakin rapat..
semakin mengenali..
semakin berkasih sayang...

daripada sayang itu..
tanpa kau sedar mungkin..
kau telah meniupkan ruh-ruh cinta dalam hatiku..
aku mula merasa cinta padamu..
cinta kerana Allah..
hanya kerana Allah..

akhi sayang..
masihkah kau ingat..
saat aku ungkapkan cintaku itu..
saat kulafazkan cinta itu..
walau hanya sebuah sms..
masihkah kau ingat?
ku harap kau sentiasa mengingatinya..
dan aku akan sentiasa mengingatinya..
kerana hari itu hari aku melafazkan cinta..
aku tidak mengharapkan apa-apa dari cintaku ini..
melainkan janji Nabi..
"dua orang pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah"

akhi sayang..
tetapi mengapa sekarang ini..
ukhuwwah kita sudah tidak seperti dahulu...
mengapa ruh-ruh cinta itu semakin pudar..
mengapa cinta itu sudah tidak lagi mekar..
mengapa kau menjauh dariku akhi..
mengapa akhi...

akhi sayang..
aku menginginkan jawapan akhi sayang..
adakan kerana kau sudah berubah...
atau kau sudah muak bersama denganku..
atau mungkin..
aku yang telah berubah..

akhi sayang..
walau apa yang kau lakukan..
walau kau sudah tidak merasakan lagi cinta antara kita..
walau aku ini hanya insan biasa pada pandanganmu..
ketahuilah akhi..
aku kan tetap mencintaimu..

Monday, June 14, 2010

Rindu Ramadhan..

"ya Allah,berkati kami di bulan Rejab dan Sya'ban,dan pertemukanlah kami dengan Ramadhan"

Hanya dalam hitungan beberapa bulan sahaja lagi,tetamy agung,Ramadhan,akan datang kepada kita...
Ia datang dengan membawa hadiah buat kita..sebuah hadiah kerahmatan dari Allah,keampunan dan kebebasan dari api neraka...
Hanya tetamu ini yang datang membawa hadiah seperti ini..kerana tetamu agung akan datang dengan hadiah-hadiah yang agung..

tapi sayang...

tidak ramai yang ingin menerima hadiah ini..

sedikit yang menerimanya  dengan senyuman..tapi ramai yang menerimanya dengan hati yang tidak rela..

lalu bagaimana kita menerima hadiah ini?

bagaimana kita menerimanya..hanya kita yang akan tentukan..

kerana tidak ramai yang menganggap hadiah ini sangat bermakna..

******************************************

Ramadhan..
memang sangat aku nantikan..

terutama saat 10 akhir Ramadhan..
ketika beri'tikaf bersama teman-teman..

kenangan-kenangan itu memang sangat indah untuk diungkapkan..
hanya perasaan..
yang mampu menggambarkan..
betapa kurindu pada Ramadhan...

Saturday, June 12, 2010

bila iman mula menurun..

Lumrah kehidupan..terkadang kita diatas,dan terkadang kita dibawah.Begitu juga dengan iman,terkadang naik terkadang turun..

naiknya iman disebabkan amalan dan turunnya iman disebabkan maksiat..

bila iman berada di puncak..kita merasa sangat dekat dengan Allah..sangat dekat.Seakan-akan Allah telah mengangkat hijabnya didepan kita..
saat ini kita sentiasa merasa Allah ada bersama kita...dimana sahaja..

Tapi apabila iman kita mula menurun disebabkan banyaknya maksiat..kita mula jauh dari Allah..jauh sejauh-jauhnya..

Roda..apabila berada diatas pasti ia akan jatuh kebawah...itu perkara biasa..tetapi yang luar biasa adalah apabila sudah dibawah kita berusaha untuk kembali berada diatas..di puncak..

Friday, June 11, 2010

ihsan..

ada satu kisah,

seorang ayah membawa anaknya pergi ke sebuah gua untuk bersiar-siar.Setelah penat berjalan sambil menikmati pemandangan didalam gua,sang ayah dan anaknya berhenti untuk berehat.Di saat anaknya sedang duduk-duduk dan memerhatikan keadaan di dalam gua,sang ayah pula meneruskan perjalanannya.

Ketika sang anak duduk bersendirian,dia mula bercakap sorang2.Setiap kali dia bercakap pasti ada satu suara yang akan membalas ucapannya dengan kata2 yang kesat.

“hei..siapa kau?”tanya anak itu kepada suara yang seperti mengikuti kata2nya itu.

“hoi pondan”

“hoi setan”

“pengecut”

dan bermaca2 lagi kata2 kesat yang dikeluarkan oleh anak itu lalu diikuti oleh suara ganjil itu.

si anak hairan lalu bertanya kepada ayahnya.

ayahnya hanya tersenyum lalu mencadangkan agar anaknya mengeluarkan kata2 yang indah.

“wahai lelki yang kacak”sanga ayh berkata.

“wahai orang bijak”

semua kata2 itu disebut semula oleh suara ganjil itu,tapi ia tidak mengeluarkan kata2 kesat sebaliknya kata2 yang indah…

***********

sang ayah ingin mengajar anaknya untuk berlaku ihsan kepada semua makhluq.

BUAT JAHAT BALASNYA JAHAT.BUAT BAIK BALASNYA BAIK.

begitu sifirnya.

kuncinya adalah dengan berlaku ihsan kepada semua makhluq Allah tidak kira yang muda,tua,miskin mahupun kaya.

berjuang di dunia,berharap pertemuan di syurga..

saudaraku,

biarlah,banyak yang mengira menapaki jalan ini,jalan para Nabi,jalan orang2 soleh,jalan para syuhada’,jalan para pejuang da’wah,adalah beban yang sangat berat.

berat,
kerana harus banyak berhadapan dengan kondisi yang berlawanan dengan keinginan.Berat kerana selalu tidak sama dengan realiti yang tidak sejalan dengan harapan.berat kerana melihat betapa kemungkaran begitu bermaharajalela.Berat kerana harus terus menerus melawan arus yang berbeda dengan kebanyakan orang….

Biarlah orang menyangka seperti itu.Kerana sebenarnya kita merasakan sebaliknya.Kenikmatan,ketenangan,kebersahajaan,yang tak bisa dibayar dengan apa pun.Kerana kita justeru merasakan pengorbanan itu sebagai sumber kebahagiaan.Kerana kita justeru merasakan jerih payah dan kesulitan di jalan ini,sebagai kunci ketenangan hati.Kerana kita justeru merasakan peluh dan darah di jalan ini,adalah syarat meraih kesenagan yang abadi….

**********
jalan yang kita sama2 tapaki ini tidak akan pernah dibentang dengan karpet merah,sebaliknya penuh dengan onak dan duri…
ukhuwwah yang kita bina di atas dasar saling menyayangi kerna Allah,tdak dpt dtkar gnti dengan wang.kerna kita merasakan ni’matnya saling berukhuwwah dalam jalan ini…

Maha Suci Allah yang membuatkan kita berasa bahagia menapaki jalan ini…

Maha Suci Allah yang membuatkan kita berasa bahagia menapaki jalan ini…