Saturday, August 14, 2010

"Tidak boleh tidak,kita mestilah mulakan dari bawah"

Erdogan,si pemimpin Turki itu,begitu lantang menyatakan pendirian beliau di peringtak antarabangsa dalam mempertahankan Islam.Tidak perlu diperklenalkan lagi...Bahkan ramai yang menganggap beliau adalah pemimpin Islam yang sebenar pada zaman ini,dan kita semua menjadi saksinya apabila Turki yang mula-mula menggerakkan dan menaikkan kembali semangat dunia dalam isu Palestin.

Sebuah kepimpinan yang terpuji.Tegas!

Tapi begitulah yang akan terjadi,apabila pemimpin adalah pemimpin yang beriman,tetapi tidak bawahan.Turki masih seperti dahulu,seperti yang kita kenal.Kebebbasannay dan sebagainya.Tidak berubah.

Maka amat tepat sekalilah kata-kata Shakib Arsalan ketika mana ditanya oleh para wartawan setelah runtuhnya khilafah Islamiyyah pada tahun 1924,mengapa tidak disatukan seluruh negara 2 Islam dan kembali mencipta khilafah Islamiyyah?

Jawab beliau:
"Tidak boleh tidak,kita mestilah mulakan dari bawah"
Ya,membina dari bawah.Menyediakan pemuda-pemuda yang kuat aqidahnya.Kita ingin melahirkan warganegara yang kuat berpegang kepada ajaran Islam.Kita ingin melahirkan generasi yang akan kembali menyambung perjuangan para Nabi.

Untuk merialisasikan impian ini,mendapat balik Khilafah Islamiyyah,tidak dapat tidak,kita harus membina dari bawah.Tamankan dalam jiwa para pemuda 10 muasofat ini.

Sesudah lengkapnya peribadi seorang pemuda itu dengan ciri-ciri ini,barulah kemudian kita melangkah ke peringkat yang seterusnya iaitu membina sebah keluarga Muslim dan seterusnya sehinggalah mencapai satu maltlamat,Khilafah islamiyyah atau ustaziyatul 'alam..

Sunday, August 8, 2010

"Aku yang menurut perintah"


Ketaatan.Itulah kunci utama kejayaan mana-mana jemaah sekalipun.Ketaatan kepada ketua atau Qiyadah.Tanpa ketaatan yang padu daripada yang diperintah,Jemaah tidaka akan dapat mencapai objektifnya kerana tiadanya ketaatan.

Namun harus diingat,dalam mentaati,harus ada batasnya.
"Tidak ada ketaatan kepada makhluq dalam maksiat kepada Allah"

Sikap 'aku yang menurut perintah seharusnya ada dalam siri setiap kita kerana 
tanpa kita sedar mungkin,kita semua pemimpin dan kita semua dipimpin.Seporang pemimpin bertanggungjawab terhapad pimpinannya dan yang dipimpin bertanggungjawab untuk mentaati kepimpinannya.

Sikap 'Aku yang menurut perintah' tidak akan dapat kita rasakan sehinggalah kita benar-benar ikhlas untuk berjuang.Kerana setelah ikhlas,yang ternampak didepan mata kita hanya ganjaran dari Allah sahaja.Tiada yang lain.

Dari sifat itu,kita akan berusaha sekuat mungkin untuk memberi sumbangan kepada jemaah walaupun peranan yang kita mainkan hanya sedikit sahaja.
Terkadang kita akan merasa seperti dihina apabila kita hanya diberikan tugasan yang remeh setiap kali program diadakan.Mungkin hanya menjadi AJK kebersihan atau AJK pemantauan yang mana tugasannya sangat kecil dan terkadang tidak kelihatan pun.

Tapi ikhwah filLah,dengan sikap 'aku yang menurut perintah',kita akan cuba untuk tetap ikhlas melakukan sesuatu hanya kerana Allah.
Walau terkadang kehadiran kita dalam jemaah tidak dipandang,tapi kita yakin,dengan sikap 'aku yang menurut perintah',insyaAllah...didepan kita ada ganjaran dari Allah..


Friday, July 30, 2010

aku hanya penyampai..

Aku hanya penyampai...bukan pengubah...sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan aku tidak berkuasa untuk memberi hidayah...Maha Suci Allah yang memberi hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya...

terkadang sulit...kerana kita sentiasa menginginkan hasil dalam setiap usaha kita..
kerana rasa itulah...kita sering mengharapkan satu perubahan berlaku...walau sebenarnya kita tahu..bahwa hidayah itu hanya milik Allah Ta'ala...
Memahami hakikat da'wah...bahawa tugas kita hanya menyampai...dan hidayah itu biarlah Allah yang menguruskannya...
Apa yang ingin dilihat oleh Allah buknalah hasil kita..tetapi usaha kita...sejauh mana...setinggi mana...

oleh itu..jangan pernah rasa putus asa dalam menyampaikan...kerana kita dalah penyampai...

walau jalan ini jalan panjang dan penuh rintangan...tapi seorang Muslim itu harus melihat jauh kehadapan..jauh sejauh-jauhnya..
bahwa di akhir jalan ini...ada syurga menanti...ada bidadari menunggu...

*Orang biasa..
  Dia ingin ke syurga..

orang luar biasa..
syurga menjemputnya..

orang biasa..
mengimpikan bidadari syurga..

orang luar biasa..
bidadari menantikannya...
*




Bulan itu..









Bulan itu..
bulan keampunan..
bulan rahmat..
bulan kasih..
bulan cinta...

bulan itu..
bulan Ramadhan..
bulan madrasah jiwa..
bulan mencapai syurga..
bulan mencapai redhoNya..

bulan itu..
hampir tiba..
hanya beberapa hitungan masa..
Ramadhan kan tiba..

Ramadhan..
semoga kita bersua...
bersama...
bercerita tentang kisah cinta kita...


Sunday, July 18, 2010

akhi sayang...

akhi sayang...
masih ku ingat..
saat kita mula-mula bersua..
salam yang kau beri..
tangan yang kau hulur..
senyum yang kau ukir..

akhi sayang..
sejak perkenalan itu kita semakin rapat..
semakin mengenali..
semakin berkasih sayang...

daripada sayang itu..
tanpa kau sedar mungkin..
kau telah meniupkan ruh-ruh cinta dalam hatiku..
aku mula merasa cinta padamu..
cinta kerana Allah..
hanya kerana Allah..

akhi sayang..
masihkah kau ingat..
saat aku ungkapkan cintaku itu..
saat kulafazkan cinta itu..
walau hanya sebuah sms..
masihkah kau ingat?
ku harap kau sentiasa mengingatinya..
dan aku akan sentiasa mengingatinya..
kerana hari itu hari aku melafazkan cinta..
aku tidak mengharapkan apa-apa dari cintaku ini..
melainkan janji Nabi..
"dua orang pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah"

akhi sayang..
tetapi mengapa sekarang ini..
ukhuwwah kita sudah tidak seperti dahulu...
mengapa ruh-ruh cinta itu semakin pudar..
mengapa cinta itu sudah tidak lagi mekar..
mengapa kau menjauh dariku akhi..
mengapa akhi...

akhi sayang..
aku menginginkan jawapan akhi sayang..
adakan kerana kau sudah berubah...
atau kau sudah muak bersama denganku..
atau mungkin..
aku yang telah berubah..

akhi sayang..
walau apa yang kau lakukan..
walau kau sudah tidak merasakan lagi cinta antara kita..
walau aku ini hanya insan biasa pada pandanganmu..
ketahuilah akhi..
aku kan tetap mencintaimu..

Monday, June 14, 2010

Rindu Ramadhan..



"ya Allah,berkati kami di bulan Rejab dan Sya'ban,dan pertemukanlah kami dengan Ramadhan"

Hanya dalam hitungan beberapa bulan sahaja lagi,tetamy agung,Ramadhan,akan datang kepada kita...
Ia datang dengan membawa hadiah buat kita..sebuah hadiah kerahmatan dari Allah,keampunan dan kebebasan dari api neraka...
Hanya tetamu ini yang datang membawa hadiah seperti ini..kerana tetamu agung akan datang dengan hadiah-hadiah yang agung..

tapi sayang...

tidak ramai yang ingin menerima hadiah ini..

sedikit yang menerimanya  dengan senyuman..tapi ramai yang menerimanya dengan hati yang tidak rela..

lalu bagaimana kita menerima hadiah ini?

bagaimana kita menerimanya..hanya kita yang akan tentukan..

kerana tidak ramai yang menganggap hadiah ini sangat bermakna..

******************************************

Ramadhan..
memang sangat aku nantikan..

terutama saat 10 akhir Ramadhan..
ketika beri'tikaf bersama teman-teman..

kenangan-kenangan itu memang sangat indah untuk diungkapkan..
hanya perasaan..
yang mampu menggambarkan..
betapa kurindu pada Ramadhan...


Saturday, June 12, 2010

bila iman mula menurun..

Lumrah kehidupan..terkadang kita diatas,dan terkadang kita dibawah.Begitu juga dengan iman,terkadang naik terkadang turun..

naiknya iman disebabkan amalan dan turunnya iman disebabkan maksiat..

bila iman berada di puncak..kita merasa sangat dekat dengan Allah..sangat dekat.Seakan-akan Allah telah mengangkat hijabnya didepan kita..
saat ini kita sentiasa merasa Allah ada bersama kita...dimana sahaja..

Tapi apabila iman kita mula menurun disebabkan banyaknya maksiat..kita mula jauh dari Allah..jauh sejauh-jauhnya..

Roda..apabila berada diatas pasti ia akan jatuh kebawah...itu perkara biasa..tetapi yang luar biasa adalah apabila sudah dibawah kita berusaha untuk kembali berada diatas..di puncak..