AlhamduliLlah, akhirnya 17/1 haritu habis jugak final paper untuk final exam aku! :)
sangat seronok sebenarnya bila sudah habis exam ni, rasa seperti semua beban telah dilepaskan, dan jugak tempoh 4 bulan itu terasa sangat cepat berlalu, rasanya macam baru semalam aku daftar masuk U yang 'cantik' ini.
Sepanjang 4 bulan ini, aku belajar banyak benda. Selain belajar2 yang didalam kelas itu, aku juga banyak belajar yang diluar kelas, terutama tentang kehidupan.
Yes, hidup sangat mencabar disini, sendiri, tak ada ayah dan bonda, namun hati harus terus tabah.
Disebabkan matawang yang sangat tinggi di negeri ini, maka aku terpaksa berjimat cermat demi masa depan.Menahan kelaparan adalah suatu yang biasa bagi aku disini, kadang aku cuma makan sekali atau dua kali sehari, bergantung kepada keadaan perut.
Dan ada jugak masa2, dimana tiba2 sahaja duit syiling yang selama ini aku buang, menjadi sangat bermakna, menjadi penolong dikala kesusahan, menjadi peneman dikala kelaparan.
Sepanjang 4 bulan pertama ini jugak, aku banyak kenal orang baru, macam2 orang. Semuanya dengan karekter tersendiri, dengan cara tersendiri, dan aku masih tetap aku yang sama yang biasa.
Aku cuba membina hubungan sebaiknya dengan siapapun, sebab aku yakin dan percaya, orang yang mempunyai contacts yang banyak dia akan berjaya(ini dalam bdang business la).
Di samping itu, tempoh 4 bulan pertama ini perlu aku tempuh dengan tabah dan rasional, sikap sebahagian arab yang tak habis2 nak mengata orang dan bersikap batak apabila melihat orang Melayu membuatkan aku naik menyampah dan naik tangan beserta kaki kepada mereka. Di samping sikap menipu mereka yang telah ada semenjak azali lagi membuatkan aku bertambah bengang dan geram. Tapi dalam geram aku tu, aku terfikir, dalam sikap arab yang suka menipu ni, lahir seorang insan yang pelik dan lain dari yang lain, Baginda Rasul.
Akhir sekali, result aku! haha, tak ada kata lain selain syukur, Tuhan beri lebih dari apa yang aku minta, walaupun bukan yang terbaik yang mampu aku lakukan , tapi aku tetap bersyukur dan aku berazam akan buat yang lebih baik pada 2nd sem! :)
Gambate!
mursyid! you're in which U ah?
ReplyDeleteYarmouk University, why?
Delete