Monday, January 9, 2012

Keluarga.


BismilLahirrahmanirrahim,

Puji Syukur kepada Tuhan, selawat keats baginda.

Didalam kesejukan yang melampau di Irbid, aku cuba membelek dan membuka album2 yang tersimpan rapi dalam kandang simpanan gambar aku di lappy ini.

Dan aku terjumpa dengan gambar diatas, Raya 2011.

Aku dan keluarga.

Mempunyai ayah dan ibu seperti bonda dan abah adalah anugerah terbesar yang pernah aku dapat. Kadang bila aku tengok balik, aku rasa bertuah hidup dalam keluarga aku. Aku rasa Tuhan telah pilih aku untuk berada dala keluarga ini, dan aku bersyukur.

Abah, ada satu kata yang sudah cukup menerangkan siapa abah, simple.

Hidup di kampung membuatkan abah sangat cekal bekerja di kotaraya KL. Abah tak pernah berhenti bekerja, semuanya demi kami. Abah melalui jatuh naik dalam kerjayanya. Tapi abah tak pernah berhenti, walau kadang nampak biasa, tapi jauh dihati abah aku tahu, abah berusaha dengan kuat demi kami. Abah berkawan dengan semua orang, orang atas dan orang bawah, semuanya kenalan abah. Ini menjadi satu advantage kepada aku sebagai anak. Sepanjang aku memerhati abah, aku perasan yang abah agak kekok bila duduk dengan orang2 beso dan berjawatan, mungki kerana latar belakang abah. Tapi aku tengok, bila dengan orang biasa, mamak, maple, gangster, abah cekap membina hubungan.

" abang kalau ada apa2 masalah call je saya" kata gangster kepada abah. Aku tak boleh lupa bila aku dan family sedang makan2, datang orang2 bertubuh besar dan salam dengan abah, abah cekap membina hubungan.

Umi, umi juga simple, tak banyak minta, tak banyak songeh. Kadang aku tengok dompet umi, tak pernah ada dut yang banyak, walaupun sebenarnya umi layak pegang duit yang banyak, tapi dompet umi tak pernah ada duit, kalau ada, umi pasti akan belanjakan, samada untuk umi, atau untuk anak2. Umi sering menyuruh kami adik beradik untuk menuntut ilmu dimana sahaja, maka tak pelik rumah aku dah macam library. Tinggal kami sahaja yang jarang membaca dan malas membaca. Tapi umi tak pernah putus asa menyuruh, sebab umi tahu dan yakin dengan anak2 umi, walaupun anak2 umi sering kecewakan umi, Umi tabah.

"along, tuntutlah ilmu dari sesiapa sahaja, jangan jumud dan melihat kepada satu pandangan sahaja, cari ilmu dari semua syeikh" nasihat umi selalu selepas habis perbualan(lebih kuranglah)

Aku, aku anak sulong dalam keluarga aku, aku banyak menyusahkan. Aku nak jadi anak yang baik dan taat, tapi aku tetap degil, aku tak jadi contoh yang baik untuk adik2 aku. Maafkan aku.

Abbas, adik aku(aku tau dia lagi besar dari aku) seorang yang bijak, pandai, dan bersemangat. Abbas juga mempunyai ramai kenalan, warisan dari abah mungkin. Abbas mempunyai ciri2 seorang pemimpin yang baik, dia mampu memimpin. Tapi dia mudah terpengaruh, apa yang Abbas hadapi beberapa tahun kebelakangan ini sangat memukul aku sebagai abang. Aku bersalah kerana tak mendidik dan tak menjadi contoh buat adik2, aku hampakan umi dan abah, tapi aku yakin, umi dan abah tak pernah putus doakan Abbas, sebab kami semua rindu Abbas yang dulu.

" doakan aku, aku dah mula berubah" bbm Abbas kepada aku, Aku harap Abbas betul2 berubah kalini menjadi insan yang lebih baik dan mampu membanggakan umi dan abah.

Ayyid, perjalanan Ayyid masih panjang, Ayyid mungkin masih keliru tentang apa yang ingin dia capai dalam hidup, tahun ini adalah tahun pertama Ayyid ke asrama, aku sokong keputusan umi untuk hantar Ayyid ke asrama, biar Ayyid berdikari dan belajar hidup sendiri, sebab Ayyid mampu jadi lebih dari apa yang Ayyid sangkakan, dan along yakin.

Thol, adik bongsu kami, kaki bola dan die hard fan ManU. Bangun pukul 3 pagi dan bukak TV dan kejut abah untuk teman dia tngok bola, pelik dan kadang2 aku sendiri tergelak tengok Thol ni, :D apa2 pun Thol memang comel(masyaAllah) dan busuk,:p


Ini adalah kisah sebuah keluarga, yang ingin menuju syurga bersama-sama.


No comments:

Post a Comment